Friday, June 6, 2008

Hasil terbaru 4 Jun 08

Alhamdulillah ... hasil semakin memberansangkan...

Separuh dah letgo kat opis MIDF.. separuh lagi.. bawak pi pasar..

Mungkin musim hujan sekrang nih... udara jadik sejuk.... pertumbuhan cendawan nampak aggresif dan cantik...

Tuesday, May 27, 2008

Hasil Ke-2 pd Minggu Lepas 25-5-08

Import tenaga kerja. Baru masuk kerja masih dlm training lagi. Ambil perkerja bawah umur so takde gaji...
Ni baru separuh hasil yg keluar...

Ni pun sama tak byk lagi...


Ha ni dah agak matang buleh la petik klau nak...

Huh...mmg cantik tp tunggu skit masa lagi baru petik...

Ok dah boleh sangat ni...nnti lmbt kurang cantik pulak....

Monday, April 28, 2008

Pengenalan Kepada Indusri Cendawan

Cendawan adalah sejenis organisma hidup yang telah divariasikan dalam industri asas tani sebagai bahan makanan dan perubatan seperti produk kesihatan, produk penjagaan diri dan makanan ringan

Cendawan juga boleh dikaitkan dalam industri bioteknologi kerana teknologi yang berkaitan dengan cendawan telah diusahakan untuk mendapatkan produk yang lebih bernilai, berkualiti atau mendatangkan kebaikan kepada pengguna.

Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. Cendawan ini kebanyakannya tumbuh meliar dan dikutip oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula didalam darah,menambah insulin didalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan kanser.
Cendawan ini boleh digunakan secara segar seperti dimakan sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan ini telah dijadikan serbuk didalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad didalam pasaran.


Penanaman Cendawan Mempunyai Potensi Yang Baik Kerana:

• Cendawan segar masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan tempatan

• Pengeluaran cendawan perlu dipertingkatkan untuk mengurangkan pengimportan makanan negara

• Peranan cendawan sebagai tanaman jangka pendek bukan sahaja dapat mengurangkan kadar import negara tetapi juga dapat memberikan pendapatan yang lumayan kepada petani / syarikat / usahawan terlibat

Penanaman Cendawan Tiram Kelabu ( (Pleurotus Sajor-caju).


Terdapat lebih kurang 30,000 jenis spesis cendawan di dunia ini. 5,000 daripadanya yang boleh di makan. Di Malaysia ada 17 jenis spesis dari 5,000 jenis spesis yang boleh di makan.Kali ini kita akan kongsi mengenai cendawan yang di namakan Cendawan Tiram kelabu atau nama saintifik dia (Pleurotus Sajor-caju).

Khasiat Cendwan Tiram Kelabu adalah seperti berikut.
Khasiat:1) mengawal atur darah - anti trombotik, merendahkan tekanan darah, kandungan glukosa dan lipid
2) tingkatkan sistem imun badan untuk melawan jangkitan virus dan bakteria
3) merencatkan tumbesaran tumor
4) sebagai anti-oksida dan aktiviti pelindung gen
Cara makan cendawan : (memang ada banyak jenis resipi cendawan ini)

1) di buat Tom Yam, Sup

2) di buat Sate

3) di goreng tepung

4) di masak sayur campur

Cendawan kawal kanser ?

BUKAN satu rahsia. Cendawan merupakan sebahagian daripada diet atau pemakanan yang bukan sahaja enak dan pelbagai tetapi juga berkhasiat dan penting dalam kehidupan seharian.
Bayangkan sahaja sup cendawan keju dengan kruton atau dicampur bijirin yang lazat dan berkrim. Sungguh menyelerakan!
Kesan legendanya sebagai penawar herba kini turut meraih perhatian saintis Barat untuk melakukan penyelidikan demi penyelidikan.
Cendawan telah diamalkan di dalam perubatan herba tradisional di China dan Jepun sejak beribu tahun lampau.
Di Asia, cendawan biasa digunakan untuk melegakan kesakitan dan merawat penyakit-penyakit seperti artritis.
Tidak hairanlah jika spesies kulat yang sering diklasifikasikan dalam kumpulan yang sama dengan buah-buahan dan sayur-sayuran ini bakal muncul kelas seterusnya yang tersendiri dalam perubatan alami.
Pengamal perubatan tradisi Cina, Martin Powell dalam kunjungannya ke Kuala Lumpur baru-baru ini berkongsi maklumat bagaimana ‘sentuhan ajaib’ cendawan yang dakwanya, boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan rawatan kanser.
Menurutnya, cendawan mempunyai manfaat unik bagi mereka yang menjalani rawatan konvensional kanser kerana selamat digunakan bersama-sama dengan perubatan moden.
‘‘Terdapat banyak perubatan herba yang tidak diterima oleh doktor kerana berkemungkinan interaksi dengan ubat, tetapi penggunaan cendawan ini dianggap selamat dan telah digunakan oleh doktor sebagai rawatan tambahan di Barat.
‘‘Coriolus versicolor merupakan cendawan yang paling banyak dikaji untuk menyokong kegunaannya ke atas kanser dan telah digunakan untuk terapi kanser di China dan Jepun. Pada lewat 1980-an jualan Coriolus di Jepun dianggarkan berjumlah AS$600 juta (RM2.884 bilion),” ujar Powell.
Anak kelahiran United Kingdom (UK) ini turut menyampaikan ceramah bertajuk Khasiat Cendawan dalam Pengawalan Kanser kepada para pengamal perubatan tradisi Cina, anjuran Bio-Life, sebuah syarikat tempatan yang berkecimpung dalam penjagaan kesihatan secara semula jadi.
Powell merupakan seorang ahli biokimia yang juga berkemahiran dalam perubatan Cina setelah melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut di Sekolah Akupuntur dan Perubatan Tradisional Cina London serta di Klinik Perubatan Tradisional Cina, Shanghai, China.
Kini, beliau merupakan pensyarah Perubatan Herba Cina dan Terapi Nutrisi di Universiti Westminister, London selain memberi syarahan tentang khasiat cendawan untuk Mycology Research Laboratories (MRL) di Portugal, Ireland dan England.
Powell telah menjadi tenaga pengajar sejak tahun 1997 dan mengajar mengenai perubatan Cina di Ireland dan Sweden.
Pemakanan berkhasiat cendawan adalah salah satu bidang pengkhususannya.
Mengulas lanjut, Powell berkata, dua ekstrak daripada Coriolus versicolor telah diuji secara mendalam di China dan Jepun dan didapati mampu meningkatkan jangka hayat penghidap kanser payudara, paru-paru, perut, usus dan nasofarinks.
‘‘Kini, cendawan ini digunakan secara meluas untuk menyokong sistem imuniti badan dalam pengawalan kanser.
‘‘Rawatan radioterapi dan kemoterapi akan melemahkan sistem imuniti badan dan pengambilan cendawan membantu keberkesanan rawatan, mengurangkan kesan sampingan serta menyokong sistem imun.
Berulang
‘‘Pengambilan berterusan selepas rawatan membantu mengelak kanser daripada berulang. Selain itu, ia turut digunakan dalam beberapa masalah jangkitan virus yang kronik,” katanya.
Dalam perubatan Barat, apabila mereka menilai sesuatu penyakit, mereka tidak melihat seseorang itu secara keseluruhan walaupun ia penting terutamanya bagi penyakit tahap akut.
Powell tertarik dengan bagaimana masyarakat Cina membuat penilaian mengenai kesihatan dan penyakit.
‘‘Ia ada kaitan dengan ‘yin dan yang’, tujuh emosi. Contohnya jantung adalah keceriaan, limpa adalah kerisauan, ginjal adalah ketakutan, hati adalah kemarahan dan paru-paru adalah kesedihan.
‘‘Manakala konsep keharmonian dan keseimbangan juga dianggap sebagai sesuatu yang diperlukan dalam kehidupan,” jelas beliau.
Tambahnya, cendawan yang paling banyak digunakan adalah Coriolus, Cordyceps sinensis dan Reishi (Lingzhi).
Powell sendiri banyak menggunakan lingzhi untuk rawatan rinitis kerana ia bersifat antihistamin, antiradang dan bahan pemodulasi imun.
Ia membantu mereka yang kurang tenaga dan lelaki yang mempunyai fungsi seksual yang lemah. Beliau memberitahu:
‘‘Saya akan mengambil Coriolus apabila mendapat selesema, semasa mengembara dan apabila berada dalam stres. Pengambilan Coriolus dan vitamin C membantu mengelakkan jangkitan.
‘‘Dalam masalah kanser seperti payudara, perut, usus, prostat, hati dan juga leukemia, pengambilannya berupaya membantu menyokong sistem imun.
‘‘Di UK, ada doktor haiwan yang memberi Coriolus kepada anjing dan kucing yang menghidap kanser tahap akhir dan ia membantu meningkatkan selera makan dan kualiti kehidupan haiwan berkenaan.”
Produk cendawan yang dimaksudkan oleh Powell adalah daripada MRL di California, yang memfokuskan kepada perkembangan klinikal untuk menyokong sistem imun.
MRL mempunyai perpustakaan yang ekstensif mengenai jenis-jenis cendawan untuk memastikan spesies cendawan yang betul dan bioaktif digunakan.
Contohnya, spesies yang betul mengikut Chinese Pharmocopoeia adalah Cordyceps sinensis, tetapi dianggarkan 75 peratus produk di pasaran menggunakan Cordyceps militarium.
Kajian menunjukkan cendawan Shiitake, Maitake, Reishi, Cordyceps sinensis dan Coriolus versicolor bersifat antitumor.
Maitake, Coriolus dan Reishi juga bersifat antiradang manakala Coriolus dan Reishi bermanfaat untuk melindungi hati.
‘‘Coriolus, Maitake dan Reishi mempunyai bahan hipoglisemik (mengurangkan kandungan gula darah) manakala Cordyceps mempunyai aktiviti steroid.
‘‘Cendawan ini mengandungi polisakarida berantai panjang, beta glukan dan proteoglikan dan enzim-enzim untuk mengelakkan tekanan oksidatif, menghalang perkembangan sel tak terkawal dan merangsang detoksifikasi,” terang Powell.

Monday, April 21, 2008

Packing ...



Nie proses packing cendawan yg sedang dilakukan oleh salah seorang pengurus pemasaran.
Tue tengah rehat sekejap ....penat tue...
Biasanya packing dilakukan pada waktu malam di rumah CEO bermula dr pukul 10 malam.

Nie sedikit hasil yg diperolehi untuk dipacking.

Rakan kongsi sedang membuat liputan....


Dua orang rakan kongsi sedang membuat pemerhatian ke atas pengeluaran cendawan pada hujung minggu yg lalu.
Alhamdulillah nampaknya hasil agak memberangsangkan walaupun belum semua beg cendawan mengeluarkan hasil.
Syabas...teruskan usaha...

Wednesday, April 9, 2008

Health Benefits

Mushrooms are low in carbohydrates, calories and sodium and are cholesterol and fat free! They are high in riboflavin and contain as much fiber as 1 medium tomato. They are also a good source of niacin, pantothenate and copper.

While medicinal mushrooms have been used in China and Japan for more than 3,000 years to boost immunity and fight diseases such as cancer, only in the last decade has their power begun to be recognized in the United States. In more scientific terms, a number of compounds in fungi have been found to stimulate the function of the immune system, inhibit tumor growth and boost intestinal flora. Particularly, mushroom substances called terpenoids help kill bacteria and viruses and exert anti-inflammatory effects, while complex chain-like sugars called polysaccharides have been shown to exert antitumor and immuno-stimulating properties. - The Natural Foods Merchandiser, March 2005

Monday, April 7, 2008

RM 1.00 sahaja....


Contoh 1


Contoh 2

Contoh 3

Jika berminat dan ingin membuat tempahan, sila hubungi kami.....

Harga RM1.00 sebungkus


Harga sebungkus RM1.00
Berat Bersih : 85 gram

Harga : RM5.00 sebungkus


Harga sebungkus RM5.00 / pek
Berat Bersih : 500 gram

Rak Cendawan


Beg media / bongkah cendawan yang disusun di dalam bilik. Rak cendawan perlu disusun kemas untuk memudahkan penghasilan cendawan yang berkualiti bagi meningkatkan pengeluaran hasil...

Beg media yg dipenuhi masilium


Beginilah beg media yg sedang dipenuhi misillium yg hanya tinggal 1-2 minggu untuk mengeluarkan hasil...

Bongkah yang sedang diperam




Susunan bongkah yg sedang diperam












Friday, April 4, 2008

Sample Cendawan FROZEN



Ni sample jer.....Kalau berminat buleh order...cepat sementara stok masih ada....

Thursday, April 3, 2008

Puteri cendawan

Testing ...Gambar Rumah cendawan





Resipi Cendawan....

Sup Cendawan Super Premium (Fench Style)


Bahan-bahan: -


3 paket cendawan Az-Zahra Super Premium (300gm)

5 ulas bawang putih dipotong halus.

Sedikit lada hitam serbuk.

Garam

Air 3 gelas.



Cara-cara:

Hiris bawang putih halus-halus.
Panaskan minyak sehingga periuk mula berasap, dan tumis bawang putih sehingga warna keemasan+sedikit kehitaman. Masukkan cendawan (whole – jangan pecah-pecahkan cendawan) dan kacau dengan pantas.
Masuk sedikit serbuk lada hitam.
Masukkan garam secukup rasa dan sedikit serbuk lada hitam.
Akhir sekali masukkan air dan dan masak hingga mendidih.
Di hidangkan panas dengan kuah.



Cendawan Goreng Telur
Sumbangan: Nik Hazlini Nik Hussain

Bahan-bahan

100gm Cendawan putih /kelabu Az-Zahra pre-shredded
sedikit kunyit serbuk
secukup garam
sedikit air
2 bj telur ayam
sedikit minyak masak

Cara-cara:

1. Gaul cendawan dgn garam, kunyit dan air.

2. Masukkan dalam kuali dan masak sehingga air tinggal sikit.

3. Masukkan minyak

4. Masukkan telur. Kacau-kacau biar jadi mcm scramble egg.

5. Bila masak....hidangkan. Sedap mkn bersama nasi panas.



Cendawan Goreng Kari
Sumbangan: Puan Zainon (Batang Kali)

Bahan-bahan:

Cendawan
Tepung gandum
Tepung beras
Tepung jagung
Rempah kari
Garam
Lada serbuk
Air

Cara membuatnya:


Bancuh rempah kari, garam dan lada serbuk dengan air. Biarkan ia cair seperti membuat tepung pisang goreng.
Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras dalam satu bekas.
Celup cendawan tadi dalam campuran rempah kari.
Golekkan cendawan yang bercelup di atas campuran 3 jenis tepung tadi
Sedia untuk menggoreng.

Resepi Terbaik Cendawan Goreng Yang Sodapppp!

Resepi Terbaik Cendawan Goreng Yang Sodapppp!

Ketika bulan Syawal yang lalu, ramai saudara-mara dan sahabat-handai yang berkunjung ke rumah saya untuk berhari raya. Walau saya tak pernah buat “rumah terbuka” tapi ramai juga yang berkunjung. Mereka datang secara berkumpulan. Memang sebaiknya begitu agar senang nak handle dan tak payah saya serve diorang berulang kali. Maklumlah, melayan tetamu ni bukannya tak penat.
Menu saya simple jer; SOTO DAGING dan CENDAWAN GORENG! Sedapkan?!
Untuk masak Soto Daging, saya serahkan kepada isteri tercinta untuk memasaknya. Menggunakan gabungan 3 set rempah. Gabungan 2 style; Malaysia + Indonesia. Ciri khasnya ialah, time nak makan cuba perah limau kasturi dan sambal kicap, gerenti terangkat punyalah! Lagi pun isteri saya memang dah expert sangat masak benda tu sebab dah buat R&D dan test beberapa kali. Tapi bab resepinya, jangan harap korang boleh dapat sebab isteri saya tu malas nak nulis. Saya pulak malas nak nanya!
Bab goreng cendawan, itu part saya. Saya dah expert sangat bab goreng cendawan ni. Pertama sebab saya dah pernah ikut kursus penanaman cendawan anjuran Jabatan Pertanian dengan kerjasama Encik R Azmi, pengusaha cendawan tiram yang terawal di negeri Johor. Kedua, sebab Encik R Azmi dah “pecah lobang” bahawa orang yang pertama buat cendawan goreng ialah dirinya setelah buat R&D selama seminggu dan beliau dah ngajar saya bagaimana nak pilih cendawan yang sesuai. Dia kata, warung sup cendawan & cendawan goreng SONTO kat Kempas tu milik abang ipar dia, tapi resepi dia yang ajar. Sayangnya dia tak beritahu rahsia adunan tepungnya atas sebab-sebab komersil. Ketiga sebab saya sendiri dah buat R&D untuk mencari formula adunan tepung yang sesuai untuk buat goreng cendawan.
Memang banyak peniaga yang jual cendawan goreng di tepi jalan, tapi rasanya majoritinya tak sedap la (bagi tekak exclusive macam saya ni). Antara sebab-sebab jadi tak sedap ialah; cendawan goreng tu lembik; tepung terlalu tebal; terlalu berminyak; rasa macam siot; dsb. Tak nak kutuk banyak-banyak karang orang marah. Dipendekkan cerita, ni saya nak menyedekahkan rahsia bagaimana nak buat cendawan goreng yang sodap ditokak. Semoga resepi ni dapat memberikan manfaat kepada korang semua dan saya (semoga jadi amal jariah saya kat akhirat kelak).
Saya tulis resepi ni pakai ratio ya sebab saya tak pakai timbang. Orang dah expert tak main la timbang-timbang ni. Here is the recipe…
Jenis sukatan; 1 portion bermaksud 1 bahagian; Saya kelmarin sukat pakai mug.
Jenis cendawan; Cendawan Tiram Kelabu; 500 ~ 750 gram.
Tepung Gandum; 1 portion; Tepung gandum ni menentukan tebal atau tipisnya salutan tepung goreng. Kalau nak lebih “berisi” korang letak lebih portion dia. Tapi kalau terlebih jadi tebal cam cekodok pulak.
Tepung Beras; 1 portion; Tepung beras ni memberikan rasa “keras” untuk membuat kerak. Kalau suka kerak dia keras sikit, korang tambahlah portion dia ikut suka koranglah. Kalau terlebih jadi keras dan liat pulak nanti.
Tepung Jagung; 1 portion; Tepung jagung memberi kesan rangup atau crunchy cakap omputih. Kalau terlebih akan menyerap banyak minyak.
Telur Ayam; 1 biji; Telur memberikan efek “soft”. Tapi kalau lebih, akan serap minyak.
Serbuk Ketumbar; 3 sudu besar; Perhatian, ini serbuk ya, bukan ketumbar yang diblender! Korang belilah kat kedai ya!
Serbuk Kunyit; 1 sudu kecil; Sekadar nak beri warna kuning, biar nanti goreng kaler dia nampak golden brown.
Air Kapur; 2 sudu besar; Petua orang-orang tua, supaya lebih rangup. Amaran, hanya gunakan air kapur sireh atau kapur makan atau kapur dapur ya! Jangan sesekali gunakan air batu kapur atau kapur tulis yang korang ambik kat sekolah! Karang masuk hospital pulak!
Air; Saya gunakan air bertapis sebab kat Pasir Gudang ni, kualiti air paip dia, ya rabbi, teruk sangatlah! Sukatan air saya tak ukur sebab tak de masa la, nak cepat! Agak-agaklah sendiri, takkan itu pun tak boleh! Jangan pekat sangat dan jangan cair sangat!
Garam; Saya pakai garam bukit (bukan Bukit Cina, Bukit Beruntung atau Bukit Bintang ya!). Sebab garam bukit kurang masin, saya lebur 2 sudu besar. Korang yang pakai garam biasa tu pandai-pandailah adjust. Masa dah jadi adunan, korang rasa la kat lidah, lepas tu ludah. Kalau kurang masin, tambah garam lagi. Kalau terlebih, mmm tak dapat nak nolong…
Cara Menggoreng; minyak kena banyak dan PASTIKAN MINYAK BETUL-BETUL CUKUP PANAS baru masukkan cendawan yang telah dicelup adunan tepung tu tadi. Pastikan JANGAN MERENDAM cendawan dalam adunan tepung! Time nak goreng, baru korang celup dan goreng dalam kuali. Kalau korang siap-siap masukkan cendawan tu awal-awal dalam adunan tepung, nanti dia jadi lembik dan tak best. Bab goreng-menggoreng ni korang kena cekap control api dapur. Jangan sampai api tak cukup panas, karang menyerap minyak pulak. Kalau api terlebih panas, hangus pulak! Anyway, goreng tu tak perlu lama-lama. Asal warna dia jadi golden brown, cepat-cepat angkat! Just make sure tepung dia dah masak, that’s enough!
Cendawan goreng ni paling sesuai dimakan dengan cara mencicahnya dengan sambal kicap yang dicampur dengan sedikit perahan air limau kasturi. So, ada rasa pedas, manis, masin, masam dannnn paling ponting… sodapppppp!
Bagaimana nak pilih cendawan tiram kelabu yang sesuai?Sebenarnya, puas saya cari kat market, sampai kat hypermarket, tak ada yang sesuai! Sebenarnya cendawan yang sesuai dan terbaik ialah cendawan yang segar, baru dipetik/dituai dalam tempoh 24 jam, kering dan tidak berair serta tidak berbau masam. Hampir 100% cendawan yang dijual kat pasaran ni kualitinya dah tak berapa bagus. Nak tahu apasal? Sebab diorang spray air kat cendawan tu sebelum packing! Biar berat dia bertambah! Tapi tindakan bangang diorang ni menyebabkan kualiti cendawan ni merudum! Cendawan akan jadi mudah pecah, masam dan rosak! Diorang apa kira, nak untung lebih la tu.
Jangan sesekali mencuci atau membasuh cendawan tiram! Cukup mengibas-ngibaskannya untuk membuang habuk yang melekat. Kalau kotor, buang je la. Sebenarnya cendawan ni tak perlu dikhuatiri kebersihannya sebab proses penanamannya sendiri memang cukup bersih. Cendawan ni sensitif terhadap kebersihan. Kalau tak bersih, tak tumbuh lah dia!
Kalau korang cuci, atau cendawan tu dah kena air, dia akan meresap air tersebut. Bila korang goreng, tekstur dalaman cendawan tu tetap basah sebab air cucian itu. Tepung tak akan dapat meresap masuk kedalam liang-liang dalam cendawan. Ini menyebabkan rasa jadi kureng dan cendawan jadi lembik! Begitu juga kalau korang bikin capcai atau masukkan dalam sup, tolong jangan cuci. Jika tidak, cendawan tidak akan meresap air sup, atau rempah capcai, malah masih tetap menahan air cucian tadi. Oleh itu, INGAT! JANGAN CUCI CENDAWAN TIRAM JIKA NAK MASAK ATAU GORENG! Korang cuci baju lagi baik laaa.
Disebabkan cendawan tiram yang saya beli tu dah kena spray air ngan pembekal bangang, maka saya terpaksalah menjemurnya sebentar bagi mengurangkan kandungan air yang telah diresapinya. Tapi baru jemur sekejap, petang tu hujan pulak, kelam-kabut saya menyelamatkan cendawan tu dari ditenggelami banjir seperti bandar Kota Tinggi akhir tahun lepas.
Ada orang cakap, memasak adalah satu seni. Tapi bagi saya, memasak adalah SAINS walaupun tukang masak bukanlah seorang saintis. Cubalah untuk memahami bahan dan teknik memasak, bukan sekadar main hafal dan ikut sahaja tanpa memahami. R&D adalah sangat perlu untuk menghasilkan masakan yang sedap ditekak dan bukan untuk di tong sampahkan!
Saya jamin resepi saya beri ni sedap! Kalau sesiapa yang dah try buat tapi tak sodap, saya harap dia dapatlah bersekolah semula dan belajar Sains Paduan, Rampaian Sains atau Sains Rumahtangga! Kekeke. Gurau jer. Korang adjustlah sampai sedap, OK?! Janganlah marah…
Selamat mencuba dan jangan lupa baca Bismillah dan Selawat untuk ambil berkat. Semoga sedap dan sudah pasti halalan toiyiba!
Sekian, wassalam.

PETUA2 TANAMAN DAN PENJAGAAN BONGKAH CENDAWAN TIRAM KELABU

PETUA2 TANAMAN DAN PENJAGAAN BONGKAH CENDAWAN TIRAM KELABU (CTK)-

Simptom bongkah CTK

1. Cendawan kuning-air yg tidak bersih
2. Cendawan kerinting- terkena asap kebakaran atau bahang panas
3. Benih bahagian atas saja tak mahu turun ke bawah beg-abuk kayu berminyak atau campur ngan kayu hutan (kayu kuing)
4. Benih turun separuh beg-abuk kayu banyak air

Penyakit bongkah CTK

v Beg diserang semut bhgn bawah-pykt ulat halus di dasar beg cendawan
v Pykt hijau-benih yg tercemar dan harus dibuang dan senang merebak
v Pykt kuning pada tapak-abuk kayu yg basah kena hujan disimpan dlm guni lama atau abuk yg dimesin campur dengan abuk kering jika benih bermutu dan akan hilang kemudiannya
v Kulat hitam mula2 keluar lendair dan akan hitam tapi tidak merbahaya
v Kumbang hitam kecil sbbkan cendawan berulat, atasi dengan hapuskan kumbang dan akan berkurangan lama- kelamaan
v Bagi jangkitan hama hendaklah bangsal hendaklah dikosongkan selama 8 atau 12 bulan utk elak hama menyerang kembali bongkah cendawan atau berpindah ke tempat lain

Fakta CTK

Ø Biasanya apabila buka penutup bongkah/beg cend. pd hari pertama, hari ke-4 sudah tumbuh dan pada hari ke-5 boleh dituai (petik)
Ø Berat hasil pertama dan kedua dengan anggaran hasil antara 80gm hingga 100gm dan seterusnya akan berkurangan hasil dalam beratnya
Ø Kalau beg dibuka hingga 2 bulan lebih, tumbuh serentak tapi batang cendawan keras sedikit
Ø Benih cendawan yg matang akan tumbuh cepat berbanding yg belum matang lambat dlm 12 jam atau 1/2 hari
Ø Suhu rumah cendawan yg baik ialah antara 22 hingga 30 darjah celsius
Ø Jika benih cendawan yang diletak kedalam beg cendawan sedikit maka misilium yang terhasil adalah nipis dan lambat memenuhi bongkah cendawan, tapi jika benih yang diletak dalam beg cendawan, misilium yang terhasil cepat memenuhi bongkah cendawan dan warna putih misilium adalah ketara.

Cara Penggunaan EM Pada Cendawan

Cara Penggunaan EM Pada Cendawan

Penyediaan
Proses Semaian
Rawatan Pencegahan


Penyediaan
Em disembur kepada seluruh bahagian semasa pembersihan tempat penanaman pada cairan 1:500. Tiada bahan kimia digunakan.

EM tidak disembur pada tempat penyemaian kerana ia boleh memusnahkan benih cendawan.

Proses Semaian
Semasa penyediaan bongkah, campurkan EM pada air dengan nisbah 1:500. ½ sudu teh + 1 liter air atau 2 sudu besar + 16 liter air (satu baldi)
Pengiraan EM yang digunakan jika menggunakan 16 liter air
i. 1/500 x 16 = 0.032 Liter
Em digunakan semasa penyedian bongkah untuk melawan bakteria yang tidak baik. Setelah bongkah dikukus, EM masih hidup tetapi didalam kuantiti yang sedikit. Ia akan merangsang pertumbuham maisilium dengan lebih cepat.
Sebaik cendawan bercambah, jangan sembur dengan EM pada batang cendawan. Tetapi bangsal cendawan boleh disembur dengan EM setiap pagi dan petang dengan nisbah 1:500.
Jangan simpan larutan EM tertapai lebih dari 3 hari.

Rawatan Pencegahan
Sembur EM Kawal serangga di sekeliling bangsal sehingga jarak 50 meter untuk mengelakakn serangan serangga. Ia boleh menghalang kemasukan serangga perosak. Nisbah 1:50 2 kali semingu